Saturday, December 19, 2009

hasil ku wt smua!!

PALITAN RASA MENJULANG JAYA



Kesunyian malam hembusan angin bertaburan hujan

kupasan hati menjentik jiwa

dingin alunan embun mengindah pagi

setitik air menjelma di dedaun hijau


Ditimba bertambah mengendah berkurang

bagai pelita hidup kala gelita

susunan abjad menadi destinasi

impian mahu digapai merealisasikan jutaan harapan


Melangkah terasa urat kepayahan

terus bertingkah mencari wawasan

mengalir usaha seperti darah

setiap detik titik berjaya


Kelemasan kegagalan hampir menguasai

ditentang dengan mengendung ikhtiar

diapit bersama kalungan doa

teruskan langkah meniti kejayaan


Dialog hidup merabunkan pancaindera

tersentak langkah menhimpit kalbu

dengan irama nan indah

menyuluh kita berjalan sendiri


Menerima dengan ketulusan hati

bertasbih bernada iman

basahi lidah ucapan syahadah

susulan kebahagiaan mengajar insan